Rabu, 10 Februari 2010

HURUF JARR & PEMBAHAGIANNYA

Assalamulaikum wrt.

Allahamdulillah..... posting yang sebelumnya sudah kita jelaskan mengenai huruf dan pembahagianya. Maka posting kali ini al-faqir melanjutkan perbahasan mengenai huruf Jarr dan pembahagiannya pula. moga sama2 kita berkongsi maklumat yang telah ada dan mendalami ilmu nahwu&shorof dengan lebih baik. insyaAllah..


Apa itu Huruf dan apa itu Jarr? Dan pembahagiannya?

Sebelum kita lanjutkan perbahasan tentang huruf jarr. Ana mahu menerangkan secara ringkas mengenai persoalan yang ana lontarkan di atas.


Pertama : Apa itu Huruf ?

Huruf adalah kata yang menunjukkan makna, bilamana ia digabungkan dengan kata lain, seperti huruf jarr, nashab atau jazm. Perbahasan mengenai huruf sememangnya panjang, maka ia memerlukan penjelasan yang detail dalam menerangkannya dan sudah pun dijelaskan al-faqir pada posting yang sebelumnya di (Pembahagian kalimah (2).


Kedua : Apa itu Jarr?

Jarr adalah setiap ‘amil yang selalu menjadikan bacaan jarr pada kalimah isim, baik ‘amil tersebut berupa huruf ataupun idhafat. ‘Amil jarr yang berbentuk huruf adalah Huruf Jarr dan Huruf Qasam (sumpah).

Para ulama nahwu berbeza pendapat mengenai jumlah huruf jarr.Sebagaimana Imam Ibnu Malik mengatakan huruf jarr mengandungi sebanyak dua puluh huruf, sementa­ra Ibnu Ajurumi mengatakan huruf jarr mengandungi sepuluh huruf, termasuk huruf qasam.


((وحرف الخفض وهي : مِنْ ، وإلى ، وعن ، وعلى ، وفي ، ورُبَّ ، والباء ، والكافُ ، واللام (وحروف القسم وهي : الواوُ ، والباء ، والتاءُ )) – متن الأجرومية ص : ١


Pendapat yang masyhur adalah berjumlah dua puluh huruf. Hal demikian itu sesuai dengan ungkapan Qa’idah Matan Alfiah Ibnu Malik :


هَاكَ حروف الجرِّ وهي مِنْ إلى *حَتَّى خَلاَ حَاشَا عَدا في عَنْ عَلَى

مُذْ مُنْذُ رُبَّ اللامُ كَيْ وَاوٌ وَتَا * والكافُ والبَا والعلَّ ومَتَى

(متن ألفية ابن مالك في النحو والصرف لأبي عبد الله محمد بن هبد الله بن مالك الأندلسي – حرف الجر- ص: ٨٧)


PEMBAHAGIAN HURUF JARR

Perbahasan mengenai pembahagiannya. Maka huruf Jarr itu diatas tiga bahagian, yaitu huruf jarr: (الأصلي) , (الزائد) , (الشبيه بالزائد).


1- Asli (الأصلي)

Merupakan Huruf Jarr yang mempunyai makna dan memerlukan ta’alluq (hubungan dengan kalimah lain) untuk memahami makna yang dikandung, seperti contoh pada lafadh كَتَبْتُ بِالْقلَمِ , sebagaimana makna الباء boleh difahami kerana ada ta’alluq dengan lafadh كَتَبْتُ .


2- Tambahan (الزائد)

Merupakan Huruf Jarr yang tidak memerlukan makna dan ta’alluq. Contoh : بِحَسْبِكَ العِلْمُ (kecukupanmu adalah ilmu)


الباء : حرف زائد

حسبك : مبتدأ مرفوع بضمة مقدرة منع من ظهورها اشتغال المحل بحركة حرف الجر الزائد ، والكاف ضمير في محل جر مضاف إليه.

العلم : خبر مرفوع بالضمة الظاهرة .


3- Menyerupai huruf Tambahan (الشبيه بالزائد)

Merupakan Huruf Jarr yang mempunyai suatu makna tapi tidak memerlukan ta’alluq untuk memahaminya. Contoh perkataan رُبَّ :


رُبَّ كِتابٍ مُفِيْدٍ قَرَأتُ

رُبَّ : حرف جر الشبيه بالزائد

كتاب : مفعول به منصوب بفتحة مقدرة منع من ظهورها اشتغال المحل بحركة حرف الجر الشبيه بالزائد .

مفيد : نعت

قرأتُ : فعل وفاعل

المراجع

- تسهيل نيل الأماني في شرح عوامل الجرجاني للعلامة أحمد بن محمد زين بن مصطفى الفطاني.

- جامع الدروس العربية، للشيخ مصطفى بن سليم الغلاييني ، دار الفكر .

- التطبيق النحوي ، لدكتور عبده الزاجي ، دار النهضة العربية .

- متن ألفية ابن مالك في النحو والصرف .

- متن الأجرومية في النحو والصرف.

Selasa, 02 Februari 2010

PEMBAHAGIAN KALIMAH (2) - (HURUF)


Sambungan lanjutan dari pebincangan Pembagian kalimat (1)

Sebelum al-faqir menjelaskan mengenai huruf yang memberi makna. Adalah sebaiknya al-faqir menjelaskan serba sedikit mengenai apa itu huruf.


Sebagaimana kita maklumi, huruf itu adalah kalimat yang tidak menerangkan makna pada dirinya, tetapi ia menerangkan makna kalimat lainnya. Dan juga huruf ini tidak berkait dengan zaman (waktu). sebagaimana takrifan huruf menurut kitab al-Kawakib adalah :

والحرف كلمة لم تدل على معنى في نفسها بل في غيرها ولم تقترن بزمن.

“kalimah (kata) yang tidak menunjukkan atas suatu makna pada dirinya, tetapi menunjukkan makna kalimat yang selainnya. Dan juga tidak berkait dengan zaman” (waktuta).


Manakala ta’rifan huruf menurut kitab Tuhfatus Saniyyah, karangan Syeikh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid, huruf secara bahasa adalah(الطَرَفُ) (tepi/penghujung). Sedangkan apa yang dijelaskannya menurut istilah daripada ulama’ nahwu, huruf adalah :

كَلِمَةُ دَلَّتْ عَلَى مَعْنَى فِيْ غَيْرِهَا

“Kalimat (kata) yang menunjukkan suatu makna jika bersebut bersama kata yang lainnya.”


* Maka kesimpulan yang boleh dibuat adalah huruf merupakan kalimat (kata) yang menunjukkan suatu makna ketika digabungkan dengan kalimat lain.

Sebagai contoh: huruf jarr, nashab atau jazm. Huruf terbahagi kepada tiga bagian, yaitu :

1) Huruf yang khusus pada kalimah Isim, seperti huruf jarr,

2) Huruf yang khusus pada kalimah Fi’il seperti huruf nashab dan jazm,

3) Dan huruf yang yang bersekutu antara kalimah Isim dan kalimah Fi’il seperti huruf ‘athaf dan huruf istifham.

Sebahagian contoh daripada huruf jarr, nashab atau jazm diatas yaitu ), (لن) ، (لم)من). Ketiga contoh ini adalah sebahagian dari kalimat huruf yang dapat membezakannya dengan kalimat yang lainnya kerana ia tidak menerima tanda-tanda isim antaranya yaitu alif lam (ال) , atau tanwim atau tanda-tanda isim yang lain. Dan begitu juga kerana huruf tidak menerima tanda-tanda fi’il antaranya (قَدْ) ,atau saufa (سَوفَ),atau sin (السين), atau ‘alamat fi’il yang lainnya. Maka jelaslah apa yang sudah dinyatakan Imam Ibnu Ajurum pengarang kitab Al-Muqaddimah, yang selanjutnya dikenal dengan matan Al-Ajurumiyyah yaitu:

والحرف ما لا يَصْلُحُ معه دليل الإسم ولا دليل الفعل.

Huruf adalah kata yang tidak layak ditandai/dicirikan dengan tanda-tanda isim dan tidak pula dengan tanda-tanda fi’il”

Maka dinazham-kan juga seorang imam yang terkandung didalam nazham-nya (syair) yaitu al-‘Imrity yaitu :

وَالْحَرْفُ لَمْ يَصْلُحْ لَهُ عَلاَمَهْ * إِلاَّ انْتِفَا قَبُوْلِهِ الْعَلاَمَهْ

“Huruf itu selamanya tidak layak diberi tanda, yaitu tidak menerima alamat (tanda)”.


* Apa yang sudah al-Faqir dijelaskan mengenai huruf dari ta’rifnya dan pembahagianya serta bagaimana mengenal huruf. Maka al-faqir melanjutkan kepada maksud contoh yang jelas yang mahu al-faqir nyatakan disini mengenai وحرف جاء لمعنى (Huruf yang mengandungi/datang bagi makna) seperti huruf : (مِنْ) lafazh ini adalah kalimat yang menunjukkan suatu makna tertentu, yaitu permulaan (dari). Makna huruf ini tidaklah sempurna, melainkan jika digabungkan/digandingkan dengan kalimat lainnya. Sebagai contoh : ذَهَبْتُ مِنَ الْبَيْتِ (saya pergi dari rumah).

Wallahu ‘alam

Sabtu, 30 Januari 2010

PEMBAHAGIAN KALIMAH (1)




Bismillahir rahmanirrahim…

Alhamdulillah.. diberi keizinan akan al-Faqir melanjutkan perkongsian bersama tentang ilmu nahwu, yaitu mengenai lanjutan dari perbahasan terdahulu daripada takrifan al-Kalam klik link ini (Penjelasan Ta'rif Kalam) , serta telah dibahaskan juga perbezaan Kalam dan Kalimah. Klik link disini, jika mahu mengetahui ( Kalam dan Kalimat!! Apa itu? ). Dan sedangkan, al-Faqir belum menerangkan lagi tentang pembahagian dari kalimah. Maka secara ringkas dan jelasnya, kalimah itu terbagi kepada tiga pembahagian, yaitu Isim, Fi’il dan huruf yang mengandungi makna. Maka yang demikian, al-faqir akan menjelaskan setiap persatu dari pembahagian ini, melalui takrifan, dan contohnya.


1) Apa itu ISIM ?

Apa yang kita maklumi, Isim itu secara bahasa adalah (ما دلَّ عَلَى مُسَمَّى) adalah “Kata yang menunjuk sesuatu yang dinamai”. Sedangkan menurut istilah ahli nahwu (sebagaimana dikutip dari kitab al-Kawakib) Isim adalah :

والإسم كلمة دلت على معنى في نفسها غير مقترن بأحد الأزمنة الثلاثة.

“Kalimah (kata) yang menunjukkan suatu makna pada dirinya, dan tidak disertai/ dikait dengan salah satu zaman (waktu) yang tiga”.


* (yaitu zaman yang tiga adalah:

(الحال نحو : يقوم ، والإستقبال نحو : قم ، والماضي نحو : قام.)

* Contoh daripada Isim :

مُحَمَّدٌ / نَهْرٌ / تُفَّاحَةٌ


2) Apa itu FI’IL ?

Fi’il secara bahasa adalah(الحَدَثُ) (Kejadian/Peristiwa) . dan menurut istilah pula adalah :

والفعل كلمة دلت على معنى في نفسها واقترنت بأحد الأزمنة الثلاثة.

“Kalimah (kata) yang menunjukkan suatu makna pada dirinya, dan berkaitan dengan salah satu zaman (waktu) yang tiga”.


وهي (الحال نحو : يقوم ، والإستقبال نحو : قم ، والماضي نحو : قام.)


Apa yang dimaklumi bahawa Fi’il itu terbahagi kepada tiga pembahagian :

1. Fi’il Madhi (waktu yang telah lalu)

2. Fi’il Mudhari’ (waktu yang sekarang atau yang akan datang)

3. Fi’il Amr (menunjukkan makna perintah dan juga menunjukkan zaman mustaqbal)


wallahu 'alam

P/s : mengenai pembahagian yang ketiga(3) dari pembahagian kalimah yaitu huruf , maka al-faqir akan menjelaskan post yang akan datang. doakan al-Faqir dimudahkan oleh Allah didalam menjelaskannya dan kelapangan waktu.

BELAJAR KITABNYA, PERLULAH MENGENALI SIAPA PENGARANGNYA.... SIAPAKAH AL-IMAM IBNU AJURUM?

Beliau adalah Muhammad bin Muhammad bin Dawud Abu Abdillah Ash-Shanhaji, dikenali dengan nama Ibnu Ajurum, yang ertinya menurut bahasa Barbar adalah orang yang fakir dan sufi. Beliau seorang imam dalam bidang nahwu dan bahasa, seorang pengarang kitab Al-Muqaddimah, yang selanjutnya dikenal dengan Al-Ajurumiyyah.

Menurut riwayat, selama mengarang kitab ini, ia sentiasa mengadap kiblat. Ibnu Ajurum adalah kelahiran kota Fas (Fes) yang ahli juga dalam bidang ilmu hisab (matematika) dan faraidh. Dilihat dari isi kitab Muqaddimah-nya dapat difahami, bahawa ia adalah ulama’ nahwu mazhab Kufah.

Ibnu ajurum juga memiliki banyak kitab karangan dan nazham dalam bentuk bahar rajaz dalam bidang ilmu qira’at dan disiplin ilmu lainnya. Dia wafat di Negara Maghribi (fas) dan dikuburkan di pemakaman Bab Al-Jadid.


Syarah Al-Ajurumiyyah

Syarah Al-Ajurumiyyah adalah nama sejumlah kitab syarah (komentar) tentang kitab “Muqaddimah” Ibnu Ajurum, yang dikenali dengan nama kitab Al-Ajurumiyyah tersebut sangat banyak. Di antaranya karya Abdul Malik bin Jamaluddin Al-Isfiraini, dikenali dengan nama Mala ‘Isham (1037H) ; Ahmad Abdul Qadir Al-Kuhani ; Hassan bin Ali Al-Kafrawi (1202H) ; Khalid bin Abdullah Al-Azhari (905H) ; Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) ; Abdurahman bin Ali Sahalih Al-Makudi (801 H) ; Hirah ; dan Mushtafa As-Saqa , Tuhfatus Saniyyah : Syeikh Mahyuddin abdul Hamid dan banyak lagi para ulama’ terdahulu dan terkini mengsyarahkan kitab matan beliau.

Semoga Allah menempat tempat yang selayaknya bagi sekalian ulama' ini di syurgaNya... Amiin.. Ya rabbal 'alamin

Wallahu 'alam..

Rabu, 20 Januari 2010

JADUAL HURUF 2



JOM KENAL HURUF DAN JENISNYA (2)

Klik pada gambar untuk dibesarkan


Jadual kedua ini adalah lanjutan dari jadual (Pertama) mengenai huruf ( الباء - مِنْ ) dan jenisnya .
Perbahasan lebih lanjut mengenai jadual (2) (إِلَى - فِي ) ini .. .sila rujuk kitab تسهيل نيل الأماني فِي شرحعوامل الجرجاني . Dan kepada siapa yang mahu copy bahan ini. al-faqir mempersilakan .... mg bermanfaat dan diberkati.

P/s: Jika ada komentar & kesalahan yang terdapat dari jadual diatas. diharap ditegur dan bimbingan akan al-faqir.
wallahu 'alam.

Minggu, 17 Januari 2010

APAKAH KALIMAH AJAL SEMAKNA DENGAN NA'AM?

Kalimah ajal semakna dengan na’am, yang fungsinya sebagai jawapan atas suatu pertanyaan. Al-Akhfasy berpendapat, bahawa ajal ( أَجَلْ ) lebih utama digunakan sebagai jawapan membenarkan (Tashdiq) dibanding na’am, sementara na’am lebih utama digunakan dalam suatu jawapan dari istifham (meminta kefahaman). Jika anda ditanya: Anda akan pergi ? maka jawapannya adalah ajal (benar). Dan jika anda ditanya, apakah anda pergi? Maka jawapan anda : na’am (betul).

Jadi kalimah ajal adalah suatu bentuk jawapan membenarkan berita yang diucapkan penanya-nya. Adapun na’am merupakan jawapan dari pertanyaan orang yang meminta kefahaman. Ibnu Hisyam menambahkan satu fungsi bagi jawapan ajal, iaitu sebagai wa’ad (ancaman). Demikian itu, terjadi bila ada suatu perintah atau ungkapan yang semakna atau seerti dengannya, seperti :

اضْرِبْ زَيْدًا

( Pukullah Zaid ), maka jawapnya: ajal.



Jumat, 08 Januari 2010

BENTUK-BENTUK (SHIGHAH) KALIMAH (Bahagian 1)


BENTUK-BENTUK (SHIGHAH) KALIMAH

Didalam pengenalan terdahulu mengenai ilmu tashrif, al-Faqir (penulis) sudah menulis serba sedikit tentang pengenalan istilah ilmu tasrif daripada ta’arifnya, pengenalan istilah (Shighah,Wazan, Mauzun) dan Faedah mempelajari ilmu tasrif.

Maka al-faqir melanjutkan penjelasan kepada kita memahami tentang صِيْغَةٌ (shighah=bentuk) kalimah di dalam ilmu Tashrif dari segi jenis-jenis shighah tersebut. Terdapat secara Ghalib-nya (kebiasaan) didalam bahasa Arab terdapat 11 (sebelas) bentuk (صِيْغَة ) kalimah. Daripada sebelas itu, empat yang pertama adalah Fi’il, sedangkan tujuh yang lainnya adalah kalimah Isim.

Antara jenis-jenis shighah tersebut daripada Fi’il dan Isim, boleh dirujuk pada gambar rajah dibawah:

Penjelasan setiap jenis Shighah Fi’il, yaitu :

1. Fi’il Madhi (الفعل الماضي) yaitu kalimat fi’il yang menunjukkan pekerjaan perbuatan atau peristiwa yang sudah berlaku. Seperti نَصَرَ (telah menolong).

2. Fi’il Mudhari’ (الفعل المضارع) kalimat fi’il yang menunjukkan pekerjaan perbutan atau peristiwa yang terjadinya pada masa sekarang (sedang) atau akan datang (akan). Seperti يَنْصُرُ (sedang/ akan menolong).

3. Fi’il Amar (الفعل الأمر) kalimat fi’il yang menunjukkan pekerjaan yang diperintahkan. Seperti اُنْصُرُ (tolonglah, engkau!).

4. Fi’il Nahi (الفعل النهي) kalimat fi’il yang menunjukkan pekerjaan yang dilarang. Sepertiلاَ تَنْصُرْ (Jangan engkau menolong!).


Tambahan- :

Pada dasarnya, Fi’il Nahi adalah fi’il Mudhari’ yang dimasuki la nahi (لاَ النَّاهِيَّةُ) di depannya. Yakni la (لاَ) yang maksudnya (jangan). Manakala contoh diatas adalah تَنْصُرُ yaitu fi’il mudhari yang dhamir anta (أَنْتَ)


P/s : Seterusnya perjelasan mengenai tujuh bentuk-bentuk shighah kalimah dari isim, al-faqir akan menjelaskan kemudian, doakan moga dimudahkan ruang masa untuk menulis.

Anda Mungkin Menjejakinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...