Kalimah ajal semakna dengan na’am, yang fungsinya sebagai jawapan atas suatu pertanyaan. Al-Akhfasy berpendapat, bahawa ajal ( أَجَلْ ) lebih utama digunakan sebagai jawapan membenarkan (Tashdiq) dibanding na’am, sementara na’am lebih utama digunakan dalam suatu jawapan dari istifham (meminta kefahaman). Jika anda ditanya: Anda akan pergi ? maka jawapannya adalah ajal (benar). Dan jika anda ditanya, apakah anda pergi? Maka jawapan anda : na’am (betul).
Jadi kalimah ajal adalah suatu bentuk jawapan membenarkan berita yang diucapkan penanya-nya. Adapun na’am merupakan jawapan dari pertanyaan orang yang meminta kefahaman. Ibnu Hisyam menambahkan satu fungsi bagi jawapan ajal, iaitu sebagai wa’ad (ancaman). Demikian itu, terjadi bila ada suatu perintah atau ungkapan yang semakna atau seerti dengannya, seperti :
اضْرِبْ زَيْدًا
( Pukullah Zaid ), maka jawapnya: ajal.
Salam. kenal dari seorang faqir di Aceh
BalasHapusteruskan cita2 dengan mengajar nahwu secara ONLINE
walaikumsalam wbt . insyaAllah .. doakn ana bljr dan mendalami lagi ,
BalasHapus