Sabtu, 30 Januari 2010

BELAJAR KITABNYA, PERLULAH MENGENALI SIAPA PENGARANGNYA.... SIAPAKAH AL-IMAM IBNU AJURUM?

Beliau adalah Muhammad bin Muhammad bin Dawud Abu Abdillah Ash-Shanhaji, dikenali dengan nama Ibnu Ajurum, yang ertinya menurut bahasa Barbar adalah orang yang fakir dan sufi. Beliau seorang imam dalam bidang nahwu dan bahasa, seorang pengarang kitab Al-Muqaddimah, yang selanjutnya dikenal dengan Al-Ajurumiyyah.

Menurut riwayat, selama mengarang kitab ini, ia sentiasa mengadap kiblat. Ibnu Ajurum adalah kelahiran kota Fas (Fes) yang ahli juga dalam bidang ilmu hisab (matematika) dan faraidh. Dilihat dari isi kitab Muqaddimah-nya dapat difahami, bahawa ia adalah ulama’ nahwu mazhab Kufah.

Ibnu ajurum juga memiliki banyak kitab karangan dan nazham dalam bentuk bahar rajaz dalam bidang ilmu qira’at dan disiplin ilmu lainnya. Dia wafat di Negara Maghribi (fas) dan dikuburkan di pemakaman Bab Al-Jadid.


Syarah Al-Ajurumiyyah

Syarah Al-Ajurumiyyah adalah nama sejumlah kitab syarah (komentar) tentang kitab “MuqaddimahIbnu Ajurum, yang dikenali dengan nama kitab Al-Ajurumiyyah tersebut sangat banyak. Di antaranya karya Abdul Malik bin Jamaluddin Al-Isfiraini, dikenali dengan nama Mala ‘Isham (1037H) ; Ahmad Abdul Qadir Al-Kuhani ; Hassan bin Ali Al-Kafrawi (1202H) ; Khalid bin Abdullah Al-Azhari (905H) ; Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) ; Abdurahman bin Ali Sahalih Al-Makudi (801 H) ; Hirah ; dan Mushtafa As-Saqa , Tuhfatus Saniyyah : Syeikh Mahyuddin abdul Hamid dan banyak lagi para ulama’ terdahulu dan terkini mengsyarahkan kitab matan beliau.

Semoga Allah menempat tempat yang selayaknya bagi sekalian ulama' ini di syurgaNya... Amiin.. Ya rabbal 'alamin

Wallahu 'alam..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Anda Mungkin Menjejakinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...