Jumat, 30 April 2010

Kitab Jami’ Ad-Durus al-Lughah Al-‘Arabiyyah



Kitab Jami’ Ad-Durus al-Lughah Al-‘Arabiyyah ini terkenal dari kalangan penuntut ilmu Islam, dan ditulis oleh seseorang ulama’ yang produktif dan penyair berkebangsaan Lebonon, yaitu Syeikh Mushtafa bin Muhammad Salim Al-Ghulayaini .


Beliau lahir di Beriut pada tahun (1303 H/ 1886 M). Ketika Usia remaja, beliau kemudian pergi ke mesir dan di sana beliau berguru kepada Syeikh Muhammad ‘Abduh di Universiti Al-Azhar serta mendalami ilmu-ilmu syariat, bahasa dan sastera. Syeikh Musthofa al-Guhayaini pernah menerbitkan majalah An-Nibras sambil mengajar di beberapa Madrasah. Beliau menyusun kitab Jami’ Ad-Durus al-Lughah Al-‘Arabiyyah ini mengunakan bahasa yang sederhana dan mudah dipahami bagi para penuntut Ilmu Islam pemula, disertai contoh-contoh syair dan syawahid-nya, sehingga tidak aneh jika kitab ini pada tahun 1986 telah naik cetak ulang yang ke-21.


Dalam kitab ini, Syeikh Mushtafa membagi tiga juz perbahasan disertai syawahid syair karya Muhammad Haurai, sehingga dapat dikatakan bahawa kitab Al-Jami’ ini termasuk ensiklopedia nahwu dan shoraf. Beliau wafat di Beirut pada tanggal 17 Februari tahun 1944 Masihi bersamaan tahun Islam 1364 Hijrah.. Dan antara karya beliau yang lain ialah kitab dalam bidang bahasa dan sastra Arab, di antaranya Nazharat fi Al-lughah wa Al-Adab; Al-Islam Ruh Al-Nasyi’in; ‘Izhat An-Nasyi’in; Al-‘Ilmu Ad-Din; dan Diwan Al-Gulayaini. Dan lain-lainnya. Moga Allah meredhai,memberkati usaha beliau, dan menempatkan beliau dari kalangan para solihin dalam syurganya.. aminn ya robb.



Minggu, 18 April 2010

Tashrif Fi’il Tsulatsi Mazid (الفعل الثلاثي المزيد )

Assalamulaikum wbt.

Posting kali ini adalah sekadar perkongsian bersama, moga bermanfaat sekaliannya. Posting ini adalah ringkasan bab mengenai Tashrif Fi’il Tsulatsi Mazid (الفعل الثلاثي المزيد ) yaitu ia megandungi 12 Bab, dan yang kemudiannya akan dibahagi kepada tiga pembahagian kelompok. Antaranya :

1- Fi’il Tsulatsi Mazid Ruba’i

2- Fi’il Tsulatsi Mazid Khumasi

3- Fi’il Tsulatsi Mazid Sudasi


1- Fi’il Tsulatsi Mazid Ruba’i ialah fi’il tsulatsi mujarrod yang di tambah satu huruf pada fi’il madhi-nya.

Bab fi’il tsulatsi mazid ruba’i itu ada tiga. :

1. Mengikut Wazan فَعَّلَ
2. Mengikut wazan فَاعَلَ
3. Mengikut Wazan اَفْعَلَ


klik pada gambr untuk membesarkan



2. Fi’il Tsulatsi Mazid Khumasi ialah fi’il tsulatsi mujarrod yang ditambah dua huruf pada fi’il madhi-nya.

Bab fi’il tsulatsi mazid khumasi itu ada lima:

1. Mengikut Wazan اِنْفَعَلَ
2. Mengikut wazan اِفْتَعَلَ
3. Mengikut Wazan اِفْعَلَّ
4. Mengikut wazan تَفَعَّلَ
5. Mengikut Wazan تَفَاعَلَ


klik pada gambr untuk membesarkan



3. Fi’il Tsulatsi Mazid Sudasi ialah fi'il tsulatsi mujarrod yang ditambah tiga huruf pada fi’il madhi-nya.

Bab fi’il tsulatsi mazid sudasi itu ada empat :

1. Mengikut Wazan اِسْتَفْعَلَ
2. Mengikut wazan اِفْعَوْعَلَ
3. Mengikut Wazan اِفْعَوَّلَ
4. Mengikut wazan اِفْعَالَّ


klik pada gambr untuk membesarkan



Dan kepada siapa yang mahu copy bahan ini. al-faqir mempersilakan .... mg bermanfaat dan diberkati. Wallahu ‘alam

Jumat, 02 April 2010

Perbezaan di antara Masdar dan Isim Masdar

Masdar adalah lafazh yang menunjukkan erti pekerjaan atau peristiwa, sepi dari zaman serta memuat/mencakup semua huruf-huruf Fi’il-nya baik secara lafazh.

Seperti : عِلْمًا masdar dari lafazh عَلِمَ . atau sekira-kiranya lafazh قَاتَلَ - قِتَالاً . atau dengan mengantikan huruf yang dibuang seperti lafazh وَعَدَ - عِدَةً

Isim Masdar adalah lafazh yang menunjukkan erti pekerjaan,sepi dari zaman, namun tidak memuat/mencakup pada semua huruf Fi’il-nya bahakan ada yang dikurangi secara lafazh dan kira-kiranya seperti contoh : تَوَضَّا - وُضُوْءً

المصدر هو اللفظ الدال على الحدث، مجردا عن الزمان، متضمّنا أحرفَ فعلهِ لفظًا، مثلُ :

(( عَلِمَ عِلْمًا)) ، أو تقديرا ، مثل : ((قاتل قتالا)، أو مُعوَّضَا مما حُذِفَ بغيره ، مثل : ((وعد عدةً))، و((سلَّمَ تَسْليْمًا)).

(جامع الدروس ، الشيخ مصطفى الغلاييني، الجزء الأول : ١٦٠)

اسم المصدر : هو ما ساوى المصدر في الدلالة على الحدث، ولم يُساوِه في اشتماله على جميع أحرف فعله ، بل خلتْ هيئتُهُ من بعض أحرف فعله لفظًا وتقديرا من غير عوضٍ، وذلك مثل : ((توضّأ وضُوءً))، و((تَكَلَّمَ كلامًا )) و((أيسرَ يُسرًا)).

(جامع الدروس ، الشيخ مصطفى الغلاييني، الجزء الأول : ١٧٦)

Anda Mungkin Menjejakinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...