As-Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Dawud Abu Abdillah Ash-Shanhaji, dikenali dengan nama Ibnu Ajurum, yang ertinya menurut bahasa Barbar adalah orang yang fakir dan sufi. Dia seorang imam dalam bidang nahwu dan bahasa, seorang pengarang kitab Al-Muqaddimah, yang selanjutnya dikenal dengan Al-Ajurumiyyah. Ibnu Ajurum adalah kelahiran kota Fas (Fes) yang ahli juga dalam bidang ilmu hisab (matematika) dan faraidh. Dia wafat di Negara Maghribi (fas) dan dikuburkan di pemakaman Bab Al-Jadid.
Matan Alfiyah Ibnu Malik
Nama lengkap pengarang Abu Abdillah Muhammad Jamaluddin bin Abdilah bin Malik Al-Andalusia, beliau adalah seorang ulama’ ahli nahwu yang terkenal dari Andalusia, Spanyol. Terdapat banyak kitab yang menjadi syarh (komentar) terhadap Alfiyah Ibnu Malik, di antaranya kitab Awdhah Al-Masalik ila Alfiyah ibnu Malik, karya Ibnu Hisyam; Syarh Alfiyah Ibnu Malik karya Abdurrahman Al-Makudi yang terkenal dengan Al-Makudi; Manhaj As-Salik ila Alfiyah Ibnu Malik karya Al-Asymuni; Syarh Alfiyah Ibnu Malik karya Ibnu ‘Aqil, dan kitab syarh lainnya.
Kitab Jami’ Ad-Durus al-Lughah Al-‘Arabiyyah ini terkenal dari kalangan penuntut ilmu Islam, dan ditulis oleh seseorang ulama’ yang produktif dan penyair berkebangsaan Lebonon, yaitu Syeikh Mushtafa bin Muhammad Salim Al-Ghulayaini .
Beliau lahir di Beriut pada tahun (1303 H/ 1886 M). Ketika Usia remaja, beliau kemudian pergi ke mesir dan di sana beliau berguru kepada Syeikh Muhammad ‘Abduh di Universiti Al-Azhar serta mendalami ilmu-ilmu syariat, bahasa dan sastera. Syeikh Musthofa al-Guhayaini pernah menerbitkan majalah An-Nibras sambil mengajar di beberapa Madrasah. Beliau menyusun kitab Jami’ Ad-Durus al-Lughah Al-‘Arabiyyah ini mengunakan bahasa yang sederhana dan mudah dipahami bagi para penuntut Ilmu Islam pemula, disertai contoh-contoh syair dan syawahid-nya, sehingga tidak aneh jika kitab ini pada tahun 1986 telah naik cetak ulang yang ke-21.
Dalam kitab ini, Syeikh Mushtafa membagi tiga juz perbahasan disertai syawahid syair karya Muhammad Haurai, sehingga dapat dikatakan bahawa kitab Al-Jami’ ini termasuk ensiklopedia nahwu dan shoraf. Beliau wafat di Beirut pada tanggal 17 Februari tahun 1944 Masihi bersamaan tahun Islam 1364 Hijrah.. Dan antara karya beliau yang lain ialah kitab dalam bidang bahasa dan sastra Arab, di antaranya Nazharat fi Al-lughah wa Al-Adab; Al-Islam Ruh Al-Nasyi’in;‘Izhat An-Nasyi’in; Al-‘Ilmu Ad-Din; dan Diwan Al-Gulayaini. Dan lain-lainnya. Moga Allah meredhai,memberkati usaha beliau, dan menempatkan beliau dari kalangan para solihin dalam syurganya.. aminn ya robb.
alhamdulillah. syabas!!! syukran..syukran.. penulisan dan penerangan yg mantap dan mudah difahami..
tiada apa yg hdk dikomen rasanya..anta memang hebat. teruskan penulisan yg sebegini mmg krna ianya akan menjadi sebagai tazkirah kpd pembaca yg daif spt umi..
afwan , syukran dan syukur atsNYA .... bnyk kekurangn lagi blog ana. moga brmanfaat segala entri blog ini sekaliannya, doakan ya ummi.. ana faqir ilallah :)
Blog ini dibina bertujuan memperkenalkan ilmu Nahwu & Shorof kepada sesiapa yang mahu mengenal ilmu ini dari asas sebagai permulaan di dalam mempelajarinya. Adapun kepada yang pernah mempelajarinya, blog ini boleh dijadikan sebagai 'refresh' untuk mengingat kembali jika terdapat mana-mana perbahasan yang terlupa. Saya juga amat mengharapkan teguran daripada para ulama, ustaz-ustaz yang mahir (ahli) Nahwu & Shorof untuk menegur dan sama-sama membantu usaha yang dijalankan ini. Moga kita sama mendapat keberkatan dan keredhaanNya.
alhamdulillah. syabas!!! syukran..syukran..
BalasHapuspenulisan dan penerangan yg mantap dan mudah
difahami..
tiada apa yg hdk dikomen rasanya..anta memang
hebat. teruskan penulisan yg sebegini mmg krna ianya akan menjadi sebagai tazkirah kpd pembaca yg daif spt umi..
subhanallah..
afwan , syukran dan syukur atsNYA .... bnyk kekurangn lagi blog ana. moga brmanfaat segala entri blog ini sekaliannya, doakan ya ummi.. ana faqir ilallah :)
BalasHapusApakah kitab ini ada file downloadnya
BalasHapusbagus sekali artikelnya .
BalasHapusSangat bermanfaat..