Selasa, 22 Desember 2009

KALAM DAN KALIMAT ! APA ITU ?

klik -gambar


وَالْكَلِمَةُ قَوْلٌ مُفْرَدٌ وَهِيَ اِسْمٌ وَفِعْلٌ وَحَرْفٌ جَاءَ لِمَعْنَى

Kalimat adalah sepatah kata. Kalimat (terdiri atas) isim, fi’il atau huruf yang memiliki makna”.

Sebagaimana kita maklumi bahawa kalam dan kalimat terdapat perbezaan diantara keduanya. Al-Kalam sebagaimana yang kita jelaskan terdahulu adalah

lafazh yang tersusun, yang lagi memberikan pengertian yang sempurna, serta sengaja disusun”.


Contoh : زَيْدٌ قَائِمٌ atau قَامَ زَيْدٌ . Masing-masing daripada kedua contoh tersebut mengandungi lafazh, murakkab, mufid dan bil Wadha’i . Maka ia dikatakan kalam. Manakala Kalimat pula adalah sepatah kata (قَوْلٌ مُفْرَدٌ).



Perlu difahami bahawa قَوْل merupakan sesuatu lafazh yang menerangkan diatas makna. Contoh زَيْدٌ .Maka sesuatu yang tidak diterangkan diatas makna, maka ia dikatakan sebagai Lafazh Muhmal (اللفظ المهمل), Contoh دَبْزُ .


Maka دَبْزُ merupakan lafazh kerana ia mengandungi sebahagian daripada huruf-huruf hijaiyyah. Sebagaimana ta’arif lafazh adalah :



اَلصَّوْتُ الْمُشْتَمِل عَلَى بَعْضِ الْحُرُوْفِ الالهِجَائِيَّةِ التي أولها الألف وآخرها الياء

"Ucapan (suara) yang tersusun/ mengandungi dari sebahagian huruf-huruf hijaiyah yang adalah ia di awalnya (huruf hijaiyah) itu alif dan di akhirinya itu dengan huruf ya"

Daripada contoh دَبْزُ diatas ia merupakan lafaz sahaja, yang dikatakan sebagai Lafaz Muhmal, yang tidak mengandungi makna padanya. Maka apa yang difahami bahawa lafazh itu lebih umum daripada Qaul. Kerana Qaul adalah semestinya lafazh, dan lafazh belum tentu dikatakan Qaul dari sebab lafazh lebih umum daripada Qaul.

Dan adapun mengenai, مُفْرَدٌ maka al-faqir akan menjelaskan kemudian hari, kerana penjelasan mengenai مُفْرَد (mufrad) adalah panjang perbahasannya, sebagaimana daripada ta’arif mufrad adalah:

sesuatu yang tidak menerangkan juzuknya atas juzuk maknanya. Seperti contoh رَجُلٌ


Wallahu ‘alam …. Doakan mg dipermudahakan.

Minggu, 20 Desember 2009

JADUAL HURUF 1

JOM KENAL HURUF DAN JENISNYA

klik pada gambar


Perbahasan lebih lanjut .. .sila rujuk kitabتسهيل نيل الأماني في شرح عوامل الجرجاني . Boleh komentar jika ada kesalahan dari jadual diatas. wallahu 'alam

Senin, 14 Desember 2009

PENJELASAN TA'ARIF AL-KALAM

Klik carta bergambar diatas

الكلام هو اللفظ المركب المفيد بالوضع

Kalam adalah lafazh yang tersusun, yang lagi memberikan pengertian yang sempurna, serta sengaja disusun”.

* Sebagaimana kita maklumi bahawa al-Kalam yang dimaksudkan diatas adalah “kalam” menurut istilah ahli-ahli Ilmu Nahwu, ini berdasarkan alif lam ( ال) yang terdapat pada al-Kalam (الكلام ). Menurut kitab al-Kawaakib, alif lam tersebut adalah alif lam ‘ahdiyyah dalam ruang rangkup pengkhususan Alif Lam Ahdi Ahz-Dzihni (maksud daripada alim lam ini adalah kalimah yang mengikuti oleh alif lam itu telah ada dalam benak atau pengetahuan seseorang tanpa harus diungkapkan) kerana ia mengantikan daripada mudhoful ilaih yang mahzuf (hilang) takdirnya yaitu الكلام النحويينkalam menurut Ahli-ahli ilmu Nahwu."

- Di dalam contoh yang lain, Seperti ayat al-Quran : إِذْهُمَا فِي الْغَارِ (ketika keduanya berada di gua itu). Maksudnya, semua orang faham dan tahu, bahawa yang dimaksuki oleh kedua orang itu (Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar) adalah di dalam gua Hira.

Maka kesimpulan yang kita maklumi dari al-Kalam diatas adalah kalam menurut ahli-ahli ilmu Nahwu dan topik yang mahu diperbahaskan jugak adalah berkaitan tentang ilmu nahwu bukan ilmu yang lainnya serta kitab yang terdapatnya al-kalam ini adalah kitab nahwu bukan kitab yang lain.


1. Al-Lafazh ialah :

اَلصَّوْتُ الْمُشْتَمِل عَلَى بَعْضِ الْحُرُوْفِ الالهِجَائِيَّةِ التي أولها الألف وآخرها الياء

Ucapan (suara) yang tersusun/ mengandungi dari sebahagian huruf-huruf hijaiyah yang adalah ia di awalnya (huruf hijaiyah) itu alif dan di akhirinya itu dengan huruf ya’.”

Contoh :زَيْدٌ lafaz yang terdiri daripada huruf-huruf hijaiyah “ز ي د ".

Maka kalau suara/bunyi itu tidak tersusun atau mengandungi dari huruf-huruf, adalah ia tidak dinamakan “lafaz” seperti bunyi gendang.

2. Al-Murakkab ialah :

المركب مِنْ كلمتين فأكثر تركيبًا وإسناديًا ما أفاد أم لا.

Ucapan yang terdiri atas dua kata atau lebih secara tarkib isnad, apakah mengandungi manfaat atau tidak. (yang dimaksudkannya adalah asalkan ia tersusun).

Contoh :

1) قَامَ زَيْدٌ (Zaid telah berdiri)

2) زَيْدٌ قَائِمٌ (Bermulanya zaid adalah orang yang berdiri)


3. Al-Mufid ialah:

بأن أفهم معنى يحسن السكوت من المتكلم عليه بحيث لايبقى للسامع انتظار مقيد به.

Ucapan yang memberikan pengertian sehingga pendengar merasa puas dan yang diajak berbicara tidak menunggu kelanjutannya yang bererti”.


4. Bil Wadha’i ialah :

أي مفيد بالقصد وهو أن يقصد المتكلم بما يلفظ به إفادة السامع

Yakni sengaja, yaitu perbicaraan dengan sengaja mengucapkannya (bukan mengigau) supaya pendengar mengerti”.

Yang dimaksudkan dengan بالوضع adalah dengan maksud (kesengajaan), maka tidak termasuk bentuk kalam, jika perkataan orang tidur (mengigau) dan perkataan orang yang lupa (Latah) maka yang kedua demikian tidak juga dikatakan sebagai kalam.

Sebahagian ahli-ahli Nahwu mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bil wadha’i adalah dengan perantaraan bahasa Arab. Maka tidak termasuk ketegori kalam jika bukan bahasa Arab seperti Turki, Bahasa Barbar dan lain-lainnya.

* Contoh yang memenuhi empat syarat bagi kalam adalah :

١– قَامَ زَيْدٌ ٢– زَيْدٌ قَائِمٌ

Contoh yang pertama tersusun dari fi’il dan fa’il.

Contoh kedua tersusun dari mubtada’ dan khabar. Masing-masing daripada kedua contoh tersebut mengandungi lafazh, murakkab, mufid dan bil Wadha’i . Maka ia dikatakan kalam.


wallahu 'alam

Sabtu, 12 Desember 2009

TA'ARIF AL-KALAM (الكلام )


klik pada carta bergambar

* huraian mengenai carta bergambar diatas akan jelaskan kemudian.. doakan mg segala urusan dipermudahkan Allah s.w.t..

Minggu, 06 Desember 2009

TANWIN


الكواكب الدرية على متمّة الأجروميّة- الشيخ محمد بن أحمد بن عبد الباري الأهدَل ص:٣١–٣٣ – دار الكتب العلمية.

Tanwin menurut bahasa menurut bahasa bersuara, sedangkan tanwin menurut istilah adalah nun zaidah (tambahan) lagi mati yang berada di akhir kalimah isim dari segi ucapan tidak dalam tulisan.

Tanwin menurut ulama’ nahwu terbahagi kepada sepuluh bahagian, yaitu:

  1. Tanwin Tamkin, dan juga dinamakan ia tanwinul sorfi yaitu tanwin yang bertemu dengan sejumlah isim mu’rab munsharif selain jama’ mu’annats salim, seperti زَيْدٌ .
  2. Tanwin Tankir, yaitu tanwin yang bertemu dengan sejumlah isim mabni, sebagai perbezaan antara isim ma’rifah dan nakirah. Isim-isim yang dibaca tanwin tersebut berbentuk nakirah (umum), sama’i yang biasanya berada pada bab isim fi’il, seperti صَهْ , atau dalam bentuk qiyasi pada isim ‘alam yang diakhiri dengan lafazh waihi ( وَيْهِ ) , seperti سِيْبَوَيْهِ atau نِفْطَوَيْهِ

  1. Tanwin Muqalabah, yaitu tanwin yang bertemu dengan jama’ mu’annats salim, seperti مُسْلِمَاتٍ .

  1. Tanwin ‘iwadh, yaitu tanwin sebagai penganti dari jumlah, seperti ayat al-Quran وَأَنْتُمْ حِيْنَئِذٍ تَنْظُرُوْنَ. Tanwin pada kalimah hinaidzin tersebut merupakan pengganti dari jumlah حِيْنَ إِذْ بَلَغَتِ الرُّوْحُ الْحُلُوْمَ kalimah, seperti ayat قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ . Tanwin yang berada pada lafazh kullun adalah pengganti dari kalimah كُلُّ امْرِئٍ .
  2. Tanwin Ziyadah (tambahan), dan juga dinamalan ia Tanwinul Munaasabah seperti ayat سَلاَ سِلاً وَاَغْلاَلاً , menurut qira’ah sebagai ulama yang membaca ‘salasila’ denagn memakai tanwin. Kalimah ‘salasila’ yang ditambahi tanwin tersebut untuk menyesuaikan dengan kalimah ‘aghlalan’ sesudahnya.

  1. Tanwin Taranum, yaitu tanwin yang bertemu dengan qafiyah muthlaqah (hidup), seperti ungkapan penyair:

أَقِلِّيْ اللَّوْمَ عَاذِلَ وَالْعِتَابَنْ * وَقُوْلِيْ إِنْ أَصَبْتُ لَقَدْ أَصَابَنْ

Sedikitkan wahai perempuan mencela dan menyalahkan kepada Adzil. Dan katakanlah: jika aku benar berarti ia juga benar”.

  1. Tanwin Hikayat, seperti ungkapan orang Arab: قَالَتْ عَاقِلَةٌ dibaca tanwin, yang asalnya adalah nam orang perempuan. Oleh kerana itu, sebenarnya ia adalah isim ghair munsharif dengan ‘illat ‘alamiyyah dan ta’nits, yang dijadikan sebagai hikayat dengan menggunakan sebuah ungkapan sebelum menjadi isim ‘alam.

  1. Tanwin Dharurat, seperti ungkapan penyair:

سَلاَمُ اللهِ يَا مَطَرٌ عَلَيْهَا * وَلَيْسَ عَلَيْكَ يَا مَطَرَ السَّلاَمِ

Wahai Mathar, kesejahteraan Allah semoga menaungi kekasih. Dan wahai Mathar, tidak ada kesejahteraan bagimu”.

Pada syair di atas, penyair membaca tanwin pada lafazh Mathar’ pada bahagian syatar awwal, sementara seharusnya ia dibaca mabni dhammah tanpa tanwin, kerana isim ghair munsharif.

  1. Tanwin Ghulwi, yaitu tanwin yang bertemu dengan qafiyah muqayyadah (mati), seperti ungkapan penyair :

قَالَتْ بَنَاتُ الْعَمِّ يَا سَلْمَى وَإِنِنْ * كَانَ فَقِيْرًا مُعْدِمًا وَإِنِنْ

Anak-anak perempuan bapak saudara berkata wahai Salma, jika ia seorang fakir miskin. Salma berkata : sekali pun fakir miskin”.

  1. Tanwin Syadz, atau dinamakan juga ia dengan Tanwinut taksir atau nama lain yaitu Tanwinul hamzi adalah ia bertemu bagi sebahagian isim yang mabni kerana qasad banyak seperti ungkapan orang arab, هَؤُلاَءٍ قَوْمُكَ dengan dibaca tanwin lafazh ‘haula’i dengan ditanwinkan hamzah diakhirnya sebagai bacaan syadz (cacat).

Selasa, 01 Desember 2009

ILMU TASHRIF (ILMU SHOROF) (1)

Pembahagian Pertama (1)


Sebelum kita memasuki ke dalam bidang Ilmu Tashrifat atau dari kata lain Ilmu Shorof secara langsung, adalah lebih baik bagi kita mengetahui terlebih dahulu pengertian Ilmu Tashrif secara Bahasa mahupun Istilahi dan nama istilah-istilah yang berkaitan dengannya seperti Shigot,Wazan, Mauzun dan lain-lainnya. Maka selepas dari itu, penulis (al-Faqir) akan melontarkan beberapa faedahnya kita mempelajari Ilmu Tashrif ringkas.



1- Pengertian Ilmu Tashrif :


Bahasa (lughah arab) : التغيير (pengubahan)


Istilahi : ialah suatu ilmu yang membahaskan tentang perubahan kalimah dari satu shighot ke shighot yang lain (dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain) yang berbeza-beza untuk mencapai ma’na-ma’na yang dikehendaki dari bentuk-bentuk yang berlainan ini, yang tidak berhasil ia melainkan dengan bentuk-bentuk itu.



متن تصريف العزى لعزالدين أبي الفضائل ابراهيم بن عبد الوهاب بن عماد الدين المعروف بالزنجاني المتوفي ٦٥٥ﻫ.


اعلم أَنَّ التَّصْريْفَ فِيْ اللَّغَةِ : التَّغْيِيْرُ ، وَفِي الصِّنَاعَةِ : تَحْوِيْلُ الأَصْلِ الوَاحِدِ إِلَى أَمْثَلَةٍ مُخْتَلِفَةٍ ، لِمَعَانٍ مَقْصُوْدَةٍ لاَ تَحْصُلُ إِلاَّ بِهَا .



2. Pengenalan Istilah :


SHIGHOT : adalah bentuk-bentuk kalimah yang berbeza yang bersumberkan dari satu kalimah dengan melihat huruf-huruf aslinya sebagai bahan pokoknya. Contoh shighot-shighot boleh di lihat di kolum diatas yang berwarna Hijau.


WAZAN (Timbangan): adalah kalimah yang mengumpulkan huruf fa’, a’in dan lam secara berurutan, seperti فَعَلَ فَاعِلٌ مَفْعُوْلٌ اِنْفَعَلَ اِسْتَفْعَلَ dan lain-lain. Contoh wazan boleh di lihat di kolum diatas yang berwarna Biru.


MAUZUN (kalimah yang ditimbang) : adalah semua kalaimah yang tidak mengumpulkan huruf fa’ a’in dan lam secara berurutan. Seperti مَنْصُرٌ نَصَرَ : . Contoh mauzun boleh di lihat di kolum diatas yang berwarna Oren.



* Ketahuilah, bahwa ahli Ilmu Shorof telah meletakkan timbangan yang mereka timbang dengannya kalimah-kalimah. Ianya pada thulathi (الثلاثي) seperti فعل dan pada rubai’e (الرباعي) seperti فعلل . maka apabila mereka menimbang satu kaliamah dengan فعل maka semua huruf yang jatuh padanya membetuli akan fa’ darinya dinamakan fa’ fi’il dan semua huruf yang jatuh ‘ain darinya dinamakan ‘ain fi’il dan semua huruf yang jatuh membetuli lam darinya dinamakan lam fi’il. Sebagai contoh, apabila kamu kata نَصَرَ diatas wazan فَعَلَ maka nun-nya fa’ fi’il dan shod-nya ‘ain fi’il dan ra’-nya lam fi’il.




3- Faedah mempelajari Ilmu Tashrif :



- Ilmu ini memudahkan bagi orang yang bukan Arab untuk membezakan mana perkataan fi’il (kata kerja), isim (kata nama) dan lain-lain perkataan. Dengan ini ia memudahkan lagi mempelajari bahasa Arab yaitu bahasa Al-quran.



- Ilmu ini jugak mengajar kita untuk mudah menggunakan kamus Arab. Sama ada kamus yang lama atau yang baru. Kerana Kamus Arab sering menggunakan kaedah “asal perkataan” yaitu mencari asal perkataan tiga huruf .

Anda Mungkin Menjejakinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...