Pembahagian Pertama (1)
Sebelum kita memasuki ke dalam bidang Ilmu Tashrifat atau dari kata lain Ilmu Shorof secara langsung, adalah lebih baik bagi kita mengetahui terlebih dahulu pengertian Ilmu Tashrif secara Bahasa mahupun Istilahi dan nama istilah-istilah yang berkaitan dengannya seperti Shigot,Wazan, Mauzun dan lain-lainnya. Maka selepas dari itu, penulis (al-Faqir) akan melontarkan beberapa faedahnya kita mempelajari Ilmu Tashrif ringkas.
Bahasa (lughah arab) : التغيير (pengubahan)
Istilahi : ialah suatu ilmu yang membahaskan tentang perubahan kalimah dari satu shighot ke shighot yang lain (dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain) yang berbeza-beza untuk mencapai ma’na-ma’na yang dikehendaki dari bentuk-bentuk yang berlainan ini, yang tidak berhasil ia melainkan dengan bentuk-bentuk itu.
متن تصريف العزى لعزالدين أبي الفضائل ابراهيم بن عبد الوهاب بن عماد الدين المعروف بالزنجاني المتوفي ٦٥٥ﻫ.
اعلم أَنَّ التَّصْريْفَ فِيْ اللَّغَةِ : التَّغْيِيْرُ ، وَفِي الصِّنَاعَةِ : تَحْوِيْلُ الأَصْلِ الوَاحِدِ إِلَى أَمْثَلَةٍ مُخْتَلِفَةٍ ، لِمَعَانٍ مَقْصُوْدَةٍ لاَ تَحْصُلُ إِلاَّ بِهَا .
2. Pengenalan Istilah :
SHIGHOT : adalah bentuk-bentuk kalimah yang berbeza yang bersumberkan dari satu kalimah dengan melihat huruf-huruf aslinya sebagai bahan pokoknya. Contoh shighot-shighot boleh di lihat di kolum diatas yang berwarna Hijau.
WAZAN (Timbangan): adalah kalimah yang mengumpulkan huruf fa’, a’in dan lam secara berurutan, seperti فَعَلَ فَاعِلٌ مَفْعُوْلٌ اِنْفَعَلَ اِسْتَفْعَلَ dan lain-lain. Contoh wazan boleh di lihat di kolum diatas yang berwarna Biru.
MAUZUN (kalimah yang ditimbang) : adalah semua kalaimah yang tidak mengumpulkan huruf fa’ a’in dan lam secara berurutan. Seperti مَنْصُرٌ نَصَرَ : . Contoh mauzun boleh di lihat di kolum diatas yang berwarna Oren.
* Ketahuilah, bahwa ahli Ilmu Shorof telah meletakkan timbangan yang mereka timbang dengannya kalimah-kalimah. Ianya pada thulathi (الثلاثي) seperti فعل dan pada rubai’e (الرباعي) seperti فعلل . maka apabila mereka menimbang satu kaliamah dengan فعل maka semua huruf yang jatuh padanya membetuli akan fa’ darinya dinamakan fa’ fi’il dan semua huruf yang jatuh ‘ain darinya dinamakan ‘ain fi’il dan semua huruf yang jatuh membetuli lam darinya dinamakan lam fi’il. Sebagai contoh, apabila kamu kata نَصَرَ diatas wazan فَعَلَ maka nun-nya fa’ fi’il dan shod-nya ‘ain fi’il dan ra’-nya lam fi’il.
- Ilmu ini jugak mengajar kita untuk mudah menggunakan kamus Arab. Sama ada kamus yang lama atau yang baru. Kerana Kamus Arab sering menggunakan kaedah “asal perkataan” yaitu mencari asal perkataan tiga huruf .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar