Rabu, 30 Desember 2009

SIAPALAH KITA DIKALANGAN MEREKA (PaRa ULaMa PeRWaRiS Anbiyak) ??? Al-Kisah Sibawaih (سيبويه)


Nama lengkapnya Amar bin Qanbar Abu Bisyr, digelar dengan nama Sibawaih (180H/796). Dia kelahiran asli negara Persia, yaitu di kota Baidha. Kemudian ia bersama keluarganya hijrah ke kota Basrah, dan di sana ia tumbuh besar di dalam lingkungan ilmiah. Ilmu pengetahuan pertama yang dia pelajari adalah fekah dan hadis. Sibawaih mempelajari hadis daripada Hamad bin Sahnah. Pada suatu hari, Sibawaih menerima diktean hadis dari gurunya, Hamad yang berbunyi :




لَيْسَ مِنْ أَصْحَابِي إِلاَّ مَنْ لَوْ شِئْتَ لأَخَذْتُ عَلَيْهِ لَيْسَ أَبَا الدَّرْدَاءِ



Sibawaih langsung menegur gurunya sambil berkata : لَيْسَ أَبُوْ الدَّرْدَاءِ. Dia menduga lafazh Abu Darda adalah isim laisa. Gurunya langsung menimpali ; “kamu salah wahai Sibawaih. Bukan itu yang kamu maksudkan, tetapi lafazh laisa di sini adalah istitsna!”. Maka Sibawaih langsung berkata: “Tentu aku akan mencari ilmu, di mana aku tidak akan salah membaca.” Akhirnya Sibawaih belajar ilmu nahwu kepada Imam Khalil bin Ahmad al-Farahidi sampai menjadi ilmuwan terkenal.



Kisah ini mengisahkan, bahawa suatu ketika Sibawaih bersama jama’ah lainnya sedang menulis suatu hadis Nabi, sementara gurunya, Hamad sedang mendiktekan hadis mengenai kisah Shafa: صَعَدَ رَسُوْلُ اللهِ الصَّفَا (Rasulullah turun di tanah Shafa). Sibawaih langsung menyanggahnya dan berkata الصَّفَاءَ.



Maka gurunya berkata : “Wahai orang Persia, jangan katakan “Ash-Shafa’a”, kerana kalimah Ash-Shafa’a adalah isim maqshur. Ketika pengajian selesai, Sibawaih langsung memecahkan penanya, sembari berkata: “Aku tidak akan menulis suatu ilmu pengetahuan sampai aku dapat mematangkan dahulu dalam bidang bahasa Arab.” Mungkin, hikmah di sebalik dua kejadian itulah yang membuat Sibawaih sangat serius mempelajari nahwu, dan akhirnya menjadi pakar ilmu nahwu yang terkenal.



Guru Sibawaih dalam bidang nahwu adalah Imam Khalil bin Ahmad al-Farahidi. Beliau adalah guru besar Sibawaih, sementara Imam Khalil sendiri adalah murid Abu Amr bin al-A’Ala, seorang ahli qira’at saba’ah.



Sibawaih pernah berdebat dengan Imam Kisa’i, tokoh ulama Kufah. Pada saat itu Sibawaih hendak pergi ke Kota Baghdad pada masa Raja Harun Ar-Rasyid dan menteri Yahya bin Khalid al-Barmaki. Sibawaih meminta menteri Yahya agar dapat mempertemukan dia dengan al-Kisa’i. maka Yahya menasihatinya agar ia tidak melakukan itu. Namun Sibawaih berkeras ingin bertemu dan sekaligus mengajak berdebat terbuka. Acara pertemuan itu di adakan di rumah Harun Ar-Rasyid. Melainkan, bahawa sebelum al-Kisa’i menemuinya, Sibawaih sudah terlebih dahulu dihadapi oleh murid-murid al-Kisa’i. Di antara mereka adalah al-Ahmar. Hisyam, dan al-Fara. Kemudian mereka berdebat dengannya sebelum al-Kisa’i bertemu, kerana mereka melakukan hal yang demikian adalah untuk menjatuhkan syaukah (kekuatan mental) Sibawaih. Lalu tidak lama al-Kisa’i mengadap dan berdebat dengannya dalam masalah terkenal pada masa itu, yaitu masalahZumburiyah”.



Sibawaih menang di dalam perdebatan tersebut. Kemudian Yahya al-Barmaki memberi hadiah kepadanya sebesar sepuluh ribu dirham dari saku peribadinya. Maka dari mulai itulah Sibawaih menjadi orang yang terkenal. Kemudian tidak lama ia pindah ke kota Ahwaz dan wafat di sana. Menurut Riwayat lain mengatakan bahawa Sibawaih wafat di Syiraz, Iran. Dia wafat pada saat usianya yang muda. Nama Sibawaih berasal dari bahasa asli Persia yang berarti semangka yang harum.



Banyak kitab yang menulis tentang bibliografi Sibawaih, di antaranya kitab karya Ahmad Badawi, yaitu kitab Sibawaih: Hayatuhu wa Kitabuhu, dan penulis Ali an-Najedi Nashif, yaitu kitab Sibawaih Imam an-Nuhat. Antara karya agungnya adalah al-Kitab atau Kitab Sibawaih merupakan puncak tata bahasa Arab dibukukan melalui kitab karyanya itu. Mungkin dapat dikatakan bahawa, al-Kitab atau Kitab Sibawaih merupakan sebuah kitab referensi pertama (sumber rujukan pertama) yang menghimpunkan tata bahasa Arab secara lengkap.



MasyaAllah…. Ta’ajjub sungguh apabila merenung al-kisah tokoh nahwu ini, jauhnya ilmu dan hemah kita dari kalangan mereka. Bertapa besar kemulian Allah SWT telah melimpah kepada kalangan mereka bertapa beruntung apabila kita mengambil manfaat dan pendekatannya.



Sepertima kata Syeikh Saiyyidi Madi Abu A’zaim : “Lapangkanlah waktu kamu untuk mengigati akan jasa-jasa ulama’-ulama’ terdahulu”.



Mengenali para ulama’ adalah akan menambahkan kecintaan kita pada mereka. Maka dengan kecintaaan inilah yang akan menghidupkan hati-hati mukmin sejati. Kecintaan kepada mereka adalah berpautan dan saling bersangkutan dengan cinta kepada Rasulullah SAW. Hal ini kerana Rasulullah SAW telah menjelaskan : “Ulama’ itu adalah pewaris nabi ”.


Mencintai warisan para Nabi a.s juga seumpama kita mengasihi mereka.



Imam Syafie Ra pernah menjelaskan :


Aku mencintai orang-orang soleh dan bukan aku sebahagian daripada mereka, Aku berharap agar mendapat syafa’at kerana mereka”.



Ya Tuhanku…. jadikanlah segala perbuatan dan perkataan kami IKHLAS untuk menuntut keredhaanMU yang mulia dengan kehormatan Al-Quran Al-‘Azim. Nabi yang mulia. Sekelian sahabat dan hamba-hambaMU yang soleh.” (Doa Saiyid Ahmad Idris ).

DariNYa kita bermohon (Allah Rabbul ‘alamin)



Ya Tuhanku… jadikan kami sebahagian orang yang mendapat ilmuMu yang luas... Kuatkan kami dalam meneruskan dan mendalaminya…. Sesungguhnya Hati ini senantiasa berbolak balik atas nikmatMu. Di sini al-Faqir mohon pada Allah s.w.t, limpahan rahmatNYA dan redhaNYA, terhadap apa yang di kerjakan, serta curahan dari ilmuNya melalui wasilah NabiNya, dan Para Auliya’, Para Ulama’ dan solihin, serta diteruskan wasilah kepada guru-guru yang benar dalam membawa kalimah Allah s.w.t. moga tercurah kepada al-Faqir dan sekaliannya. Maka al-Faqir bertawassul kepada mereka bagi mendapat wasilah redhaNYA."


Moga apa yang dikerjakan bermanfaat bagi orang yang permulaan belajar akannya. Amiin ya rabbal ‘alamin.


اِلَهِي أَنْتَ مَقْصُوْدِيْ وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِ. أَعْطِنِيْ مَحَبَّتَكَ وَمَعْرِفَتَكَ. يَا الله، ياَ الله، ياَالله.


“ Hai Tuhanku engkaulah tujuanKu, keredhaan-Mulah tuntutanku, anugerahilah daku kasih cinta padaMu dan sebenar-benar mengenaliMu Ya.. Allah. Ya.. Allah. Ya.. Allah.”

Selasa, 22 Desember 2009

KALAM DAN KALIMAT ! APA ITU ?

klik -gambar


وَالْكَلِمَةُ قَوْلٌ مُفْرَدٌ وَهِيَ اِسْمٌ وَفِعْلٌ وَحَرْفٌ جَاءَ لِمَعْنَى

Kalimat adalah sepatah kata. Kalimat (terdiri atas) isim, fi’il atau huruf yang memiliki makna”.

Sebagaimana kita maklumi bahawa kalam dan kalimat terdapat perbezaan diantara keduanya. Al-Kalam sebagaimana yang kita jelaskan terdahulu adalah

lafazh yang tersusun, yang lagi memberikan pengertian yang sempurna, serta sengaja disusun”.


Contoh : زَيْدٌ قَائِمٌ atau قَامَ زَيْدٌ . Masing-masing daripada kedua contoh tersebut mengandungi lafazh, murakkab, mufid dan bil Wadha’i . Maka ia dikatakan kalam. Manakala Kalimat pula adalah sepatah kata (قَوْلٌ مُفْرَدٌ).



Perlu difahami bahawa قَوْل merupakan sesuatu lafazh yang menerangkan diatas makna. Contoh زَيْدٌ .Maka sesuatu yang tidak diterangkan diatas makna, maka ia dikatakan sebagai Lafazh Muhmal (اللفظ المهمل), Contoh دَبْزُ .


Maka دَبْزُ merupakan lafazh kerana ia mengandungi sebahagian daripada huruf-huruf hijaiyyah. Sebagaimana ta’arif lafazh adalah :



اَلصَّوْتُ الْمُشْتَمِل عَلَى بَعْضِ الْحُرُوْفِ الالهِجَائِيَّةِ التي أولها الألف وآخرها الياء

"Ucapan (suara) yang tersusun/ mengandungi dari sebahagian huruf-huruf hijaiyah yang adalah ia di awalnya (huruf hijaiyah) itu alif dan di akhirinya itu dengan huruf ya"

Daripada contoh دَبْزُ diatas ia merupakan lafaz sahaja, yang dikatakan sebagai Lafaz Muhmal, yang tidak mengandungi makna padanya. Maka apa yang difahami bahawa lafazh itu lebih umum daripada Qaul. Kerana Qaul adalah semestinya lafazh, dan lafazh belum tentu dikatakan Qaul dari sebab lafazh lebih umum daripada Qaul.

Dan adapun mengenai, مُفْرَدٌ maka al-faqir akan menjelaskan kemudian hari, kerana penjelasan mengenai مُفْرَد (mufrad) adalah panjang perbahasannya, sebagaimana daripada ta’arif mufrad adalah:

sesuatu yang tidak menerangkan juzuknya atas juzuk maknanya. Seperti contoh رَجُلٌ


Wallahu ‘alam …. Doakan mg dipermudahakan.

Minggu, 20 Desember 2009

JADUAL HURUF 1

JOM KENAL HURUF DAN JENISNYA

klik pada gambar


Perbahasan lebih lanjut .. .sila rujuk kitabتسهيل نيل الأماني في شرح عوامل الجرجاني . Boleh komentar jika ada kesalahan dari jadual diatas. wallahu 'alam

Senin, 14 Desember 2009

PENJELASAN TA'ARIF AL-KALAM

Klik carta bergambar diatas

الكلام هو اللفظ المركب المفيد بالوضع

Kalam adalah lafazh yang tersusun, yang lagi memberikan pengertian yang sempurna, serta sengaja disusun”.

* Sebagaimana kita maklumi bahawa al-Kalam yang dimaksudkan diatas adalah “kalam” menurut istilah ahli-ahli Ilmu Nahwu, ini berdasarkan alif lam ( ال) yang terdapat pada al-Kalam (الكلام ). Menurut kitab al-Kawaakib, alif lam tersebut adalah alif lam ‘ahdiyyah dalam ruang rangkup pengkhususan Alif Lam Ahdi Ahz-Dzihni (maksud daripada alim lam ini adalah kalimah yang mengikuti oleh alif lam itu telah ada dalam benak atau pengetahuan seseorang tanpa harus diungkapkan) kerana ia mengantikan daripada mudhoful ilaih yang mahzuf (hilang) takdirnya yaitu الكلام النحويينkalam menurut Ahli-ahli ilmu Nahwu."

- Di dalam contoh yang lain, Seperti ayat al-Quran : إِذْهُمَا فِي الْغَارِ (ketika keduanya berada di gua itu). Maksudnya, semua orang faham dan tahu, bahawa yang dimaksuki oleh kedua orang itu (Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar) adalah di dalam gua Hira.

Maka kesimpulan yang kita maklumi dari al-Kalam diatas adalah kalam menurut ahli-ahli ilmu Nahwu dan topik yang mahu diperbahaskan jugak adalah berkaitan tentang ilmu nahwu bukan ilmu yang lainnya serta kitab yang terdapatnya al-kalam ini adalah kitab nahwu bukan kitab yang lain.


1. Al-Lafazh ialah :

اَلصَّوْتُ الْمُشْتَمِل عَلَى بَعْضِ الْحُرُوْفِ الالهِجَائِيَّةِ التي أولها الألف وآخرها الياء

Ucapan (suara) yang tersusun/ mengandungi dari sebahagian huruf-huruf hijaiyah yang adalah ia di awalnya (huruf hijaiyah) itu alif dan di akhirinya itu dengan huruf ya’.”

Contoh :زَيْدٌ lafaz yang terdiri daripada huruf-huruf hijaiyah “ز ي د ".

Maka kalau suara/bunyi itu tidak tersusun atau mengandungi dari huruf-huruf, adalah ia tidak dinamakan “lafaz” seperti bunyi gendang.

2. Al-Murakkab ialah :

المركب مِنْ كلمتين فأكثر تركيبًا وإسناديًا ما أفاد أم لا.

Ucapan yang terdiri atas dua kata atau lebih secara tarkib isnad, apakah mengandungi manfaat atau tidak. (yang dimaksudkannya adalah asalkan ia tersusun).

Contoh :

1) قَامَ زَيْدٌ (Zaid telah berdiri)

2) زَيْدٌ قَائِمٌ (Bermulanya zaid adalah orang yang berdiri)


3. Al-Mufid ialah:

بأن أفهم معنى يحسن السكوت من المتكلم عليه بحيث لايبقى للسامع انتظار مقيد به.

Ucapan yang memberikan pengertian sehingga pendengar merasa puas dan yang diajak berbicara tidak menunggu kelanjutannya yang bererti”.


4. Bil Wadha’i ialah :

أي مفيد بالقصد وهو أن يقصد المتكلم بما يلفظ به إفادة السامع

Yakni sengaja, yaitu perbicaraan dengan sengaja mengucapkannya (bukan mengigau) supaya pendengar mengerti”.

Yang dimaksudkan dengan بالوضع adalah dengan maksud (kesengajaan), maka tidak termasuk bentuk kalam, jika perkataan orang tidur (mengigau) dan perkataan orang yang lupa (Latah) maka yang kedua demikian tidak juga dikatakan sebagai kalam.

Sebahagian ahli-ahli Nahwu mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bil wadha’i adalah dengan perantaraan bahasa Arab. Maka tidak termasuk ketegori kalam jika bukan bahasa Arab seperti Turki, Bahasa Barbar dan lain-lainnya.

* Contoh yang memenuhi empat syarat bagi kalam adalah :

١– قَامَ زَيْدٌ ٢– زَيْدٌ قَائِمٌ

Contoh yang pertama tersusun dari fi’il dan fa’il.

Contoh kedua tersusun dari mubtada’ dan khabar. Masing-masing daripada kedua contoh tersebut mengandungi lafazh, murakkab, mufid dan bil Wadha’i . Maka ia dikatakan kalam.


wallahu 'alam

Sabtu, 12 Desember 2009

TA'ARIF AL-KALAM (الكلام )


klik pada carta bergambar

* huraian mengenai carta bergambar diatas akan jelaskan kemudian.. doakan mg segala urusan dipermudahkan Allah s.w.t..

Minggu, 06 Desember 2009

TANWIN


الكواكب الدرية على متمّة الأجروميّة- الشيخ محمد بن أحمد بن عبد الباري الأهدَل ص:٣١–٣٣ – دار الكتب العلمية.

Tanwin menurut bahasa menurut bahasa bersuara, sedangkan tanwin menurut istilah adalah nun zaidah (tambahan) lagi mati yang berada di akhir kalimah isim dari segi ucapan tidak dalam tulisan.

Tanwin menurut ulama’ nahwu terbahagi kepada sepuluh bahagian, yaitu:

  1. Tanwin Tamkin, dan juga dinamakan ia tanwinul sorfi yaitu tanwin yang bertemu dengan sejumlah isim mu’rab munsharif selain jama’ mu’annats salim, seperti زَيْدٌ .
  2. Tanwin Tankir, yaitu tanwin yang bertemu dengan sejumlah isim mabni, sebagai perbezaan antara isim ma’rifah dan nakirah. Isim-isim yang dibaca tanwin tersebut berbentuk nakirah (umum), sama’i yang biasanya berada pada bab isim fi’il, seperti صَهْ , atau dalam bentuk qiyasi pada isim ‘alam yang diakhiri dengan lafazh waihi ( وَيْهِ ) , seperti سِيْبَوَيْهِ atau نِفْطَوَيْهِ

  1. Tanwin Muqalabah, yaitu tanwin yang bertemu dengan jama’ mu’annats salim, seperti مُسْلِمَاتٍ .

  1. Tanwin ‘iwadh, yaitu tanwin sebagai penganti dari jumlah, seperti ayat al-Quran وَأَنْتُمْ حِيْنَئِذٍ تَنْظُرُوْنَ. Tanwin pada kalimah hinaidzin tersebut merupakan pengganti dari jumlah حِيْنَ إِذْ بَلَغَتِ الرُّوْحُ الْحُلُوْمَ kalimah, seperti ayat قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ . Tanwin yang berada pada lafazh kullun adalah pengganti dari kalimah كُلُّ امْرِئٍ .
  2. Tanwin Ziyadah (tambahan), dan juga dinamalan ia Tanwinul Munaasabah seperti ayat سَلاَ سِلاً وَاَغْلاَلاً , menurut qira’ah sebagai ulama yang membaca ‘salasila’ denagn memakai tanwin. Kalimah ‘salasila’ yang ditambahi tanwin tersebut untuk menyesuaikan dengan kalimah ‘aghlalan’ sesudahnya.

  1. Tanwin Taranum, yaitu tanwin yang bertemu dengan qafiyah muthlaqah (hidup), seperti ungkapan penyair:

أَقِلِّيْ اللَّوْمَ عَاذِلَ وَالْعِتَابَنْ * وَقُوْلِيْ إِنْ أَصَبْتُ لَقَدْ أَصَابَنْ

Sedikitkan wahai perempuan mencela dan menyalahkan kepada Adzil. Dan katakanlah: jika aku benar berarti ia juga benar”.

  1. Tanwin Hikayat, seperti ungkapan orang Arab: قَالَتْ عَاقِلَةٌ dibaca tanwin, yang asalnya adalah nam orang perempuan. Oleh kerana itu, sebenarnya ia adalah isim ghair munsharif dengan ‘illat ‘alamiyyah dan ta’nits, yang dijadikan sebagai hikayat dengan menggunakan sebuah ungkapan sebelum menjadi isim ‘alam.

  1. Tanwin Dharurat, seperti ungkapan penyair:

سَلاَمُ اللهِ يَا مَطَرٌ عَلَيْهَا * وَلَيْسَ عَلَيْكَ يَا مَطَرَ السَّلاَمِ

Wahai Mathar, kesejahteraan Allah semoga menaungi kekasih. Dan wahai Mathar, tidak ada kesejahteraan bagimu”.

Pada syair di atas, penyair membaca tanwin pada lafazh Mathar’ pada bahagian syatar awwal, sementara seharusnya ia dibaca mabni dhammah tanpa tanwin, kerana isim ghair munsharif.

  1. Tanwin Ghulwi, yaitu tanwin yang bertemu dengan qafiyah muqayyadah (mati), seperti ungkapan penyair :

قَالَتْ بَنَاتُ الْعَمِّ يَا سَلْمَى وَإِنِنْ * كَانَ فَقِيْرًا مُعْدِمًا وَإِنِنْ

Anak-anak perempuan bapak saudara berkata wahai Salma, jika ia seorang fakir miskin. Salma berkata : sekali pun fakir miskin”.

  1. Tanwin Syadz, atau dinamakan juga ia dengan Tanwinut taksir atau nama lain yaitu Tanwinul hamzi adalah ia bertemu bagi sebahagian isim yang mabni kerana qasad banyak seperti ungkapan orang arab, هَؤُلاَءٍ قَوْمُكَ dengan dibaca tanwin lafazh ‘haula’i dengan ditanwinkan hamzah diakhirnya sebagai bacaan syadz (cacat).

Anda Mungkin Menjejakinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...