Selasa, 05 Juli 2011

SEJARAH LAHIRNYA ILMU NAHWU




Bangsa arab merupakan bangsa yang memilki nilai sastra yang tinggi. Di zaman Arab kuno setiap tahunnya diadakan pasar seni dimana mereka berkumbul dan membanggakan syair-syair yang ada diantara mereka. Salah satu pasar seni yang terkenal adalah ‘Ukadz yang diadakan pada bulan Syawal.
Awalnya bahasa Arab amat terjaga sampai islam menyebar luas ke negeri-negeri ‘ajam (bukan Arab). Dari sinilah mulai timbul kesalahan dalam melafadzkan bahasa arab. Penyebab utamanya adalah adanya percampuran antara bahasa arab dengan 'ajam. Kekeliruan ini sangat berbahaya karena boleh merusak makna ayat Al Quran. Sehingga Akhirnya kaidah-kaidah bahasa arab disusun dan diberi nama nahwu.
Para ulama hampir bersepakat bahwa penyusun ilmu nahwu pertama adalah Abul Aswad Ad Dualy (67 H) dari Bani Kinaanah atas dasar perintah Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali Rhadiyallahu ‘anhu. 
١- التحفة السنية بشرح المقدمة الأجرومية – شيخ محمد محي الدين عبد الحميد – ص : ٦
واضعه – والمشهور أن أول واضع لعلم النحو هو أبو أسود الدوليُّ ، بأمر أمير المؤمنين عليّ بن أبي طالب رضي الله تعالى عنهما !. 
٢- الكواكب الدرية على متمّة الأجروميّة- الشيخ محمد بن أحمد بن عبد الباري الأهدَل ص:٢٥ – دار الكتب العلمية.
وسبب تسمية هذا العلم بالنحو ما روي أن عليًا رضي الله عنه لما أشار على أبي الأسود الدولي أن يضعه قال له بعد أن علمه الاسم والفعل والحرف : الاسم ما أنبأ عن المسمى ، والفعل ما أنبأ عن حركة المسمى ، والحرف ما أنبأ عن معنى في غيره والرفع للفاعل وما اشتبه به والنصب للمفعول وما حمل عليه والجر للمضاف وما يناسبه انح هذا النحو يا أبا الأسود فسمي بذلك تبركاً بلفظ الواضع له

Sejarah munculnya Ilmu Nahwu ini pada ketika zaman Abul Aswad Ad-Dauli datang kerumah puterinya di tanah Basroh, (pada masa sekarang sebuah negeri di negara Iraq). Pada saat itu puterinya mengatakan يَا أَبَتِ مَا اَشَدُّ الْحَرِّ, dengan membaca Rofa’ pada lafadz اَشَدُّ dan membaca jar pada lafazh الْحَرّ , yang menurut bahasa yang benar مَا nya dilakukan sebagai Istifham yang artinya: “Wahai Ayahku ! Kenapa sangat panas?
Dengan spontan Abul Aswad menjawap شَهْرُنَا هَذَا (Wahai Puteriku, bulannya memamg musim panas). 
Mendengar jawapan Ayahnya, puterinya langsung berkata : “Wahai Ayah, saya tidak bertanya kepadamu tentang panasnya bulan ini, tetapi saya memberi khabar kepadamu atas kekagumanku pada panasnya bulan ini (yang semestinya jika dikehendaki Ta’ajub diucapkan مَا اَشَدَّ الْحَرَّ , dengan membaca fathah pada اَشَدَّ dan membaca Nashob الْحَرَّ ). 
Sejak kejadian itu, Abul Aswad lalu datang kepada sahabat, Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali, Seraya berkata “ Wahai Amirul Mukminin, bahasa kita telah tercampur dengan yang lain”, sambil menceritakan kejadian antara dia dan puterinya, maka buatlah saya sebuah ilmu, kemudian Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali membacakan:
اَلْكَلاَمُ كُلُّهُ لاَيَخْرُجُ عَنِ اسْمٍ وَفِعْلٍ وَحَرْفٍ الخ عَلَى هَذَا النَّحْوِ
“Kalam itu tidak boleh lepas dari kalimat Isim, Fi’il, dan Huruf, dan teruskanlah untuk sesamanya ini”.
Kemudian Abul Aswad Ad-Dauli mengarang bab Istifham dan Ta’jjub, dan Di kisahkan pula dari Abul Aswad Ad-Duali, ketika ia melewati seseorang yang sedang membaca al-Qur’an, ia mendengar sang qari membaca surat At-Taubah ayat 3 dengan ucapan : 
إِنَّ اللهَ بَرِيْءٌ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ وَرَسُوْلِهِ
Dengan mengkasrahkan huruf lam pada kata rasuulihi yang seharusnya di dhommah. Menjadikan artinya “…Sesungguhnya Allah berlepas diri dari orang-orang musyrik dan rasulnya..”

Hal ini menyebabkan arti dari kalimat tersebut menjadi rosak dan menyesatkan. Seharusnya kalimat tersebut adalah,
إِنَّ اللهَ بَرِيْءٌ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ وَرَسُوْلُهُ
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin.”
Kerana mendengar perkataan ini, Abul Aswad Ad-Duali menjadi ketakutan, ia takut keindahan Bahasa Arab menjadi rosak dan gagahnya Bahasa Arab ini menjadi hilang, padahal hal tersebut terjadi di awal mula daulah Islam. Lalu beliau mengarang bab Athof dan Na’at, yang pada setiap karangan selalu dihaturnya pada Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali sehingga sampai mencukupi ilmu Nahwu yang mencukupi. Dengan melihat cerita tersebut maka pengarang ilmu Nahwu pada haqiqotnya adalah Khalifah Saidina ‘Ali, yanag melaksanaakannya adalah Abul Aswad Ad-Dauli. Pada pekembnagan selanjutnya, banyak orang yang menimba ilmu dari Abul Aswad, diantaranya Maimun Al-Aqron, kemudian generasinya Abu Amr bin Ala’, kemudian generasinya Imam al Kholil al Farahidi al Bashri (peletak ilmu arudh dan penulis mu’jam pertama), kemudian generasinya Imam Sibaweh dan Imam Al-Kisa’I (pakar ilmu nahwu, dan menjadi rujukan dalam kaidah Bahasa Arab).
Seiring dengan berjalannya waktu, kaidah Bahasa Arab berpecah belah menjadi dua mazhab, yakni mazhab Basrah dan Kuufi (padahal kedua-duanya bukan termasuk daerah Jazirah Arab). Kedua mazhab ini tidak henti-hentinya tersebar sampai akhirnya mereka membaguskan pembukuan ilmu nahwu sampai kepada kita sekarang.

Jumat, 25 Maret 2011

TASYJIIR KITAB AD-DURUS AN-NAHWIYYAH -1

Kitab Ad-Durus An-Nahwiyyah


Tasyjiir Keseluruhan
Kitab Ad-Durus An-Nahwiyyah Jilid 3


P/s : Ini adalah Pengenalan Umum tayjiir (gambar rajah pokok) dari Kitab Ad-Durus An-Nahwiyyah Jilid 3 yang di paparkan alfaqir. bagi yang ingin memiliki kitab tersebut , boleh di miliki di link ini (Download ad-Durus an-Nahwiyyah). moga bermanfaat dan diberkati (^_^)

Rabu, 15 Desember 2010

TASYJIIR - KITAB MATAN BINA' WAL ASASI

Klik pada gambar untuk membesarkan

Klik pada gambar untuk membesarkan

p/s: Assalamu'alaikum : Ini adalah tasyjiir (gambar rajah pokok) 35 bab dari Kitab Matan Bina' wal Asasi didalam mempelajari ilmu Shorof. Bagi sesiapa menghendakinya akan tasyjiir ini , maka al-faqir membenarkan ia mengambilnya agar dipermudahkan didalam memahaminya. al-Faqir telah pun menyediakan dua gambaran rajah yang berwarna dan hitam putih. moga bermanfaat & diberkati Allah s.w.t.
-jika ada kekurangan dan teguran .. .alfaqir alu-alukan jazakallah khairan khatsira :)

Kamis, 09 Desember 2010

Bagaimana I'lal اِسْتَقَامَ dan اِسْتِقَامَةً



Terdapat pertanyaan bagaimana perubahan fi’ilاِسْتَقَامَ kepada اِسْتِقَامَةً dari segi wazannya, I’lalnya?

Alhamdulillah, penulis akan menerangkan sedikit point-point berbentuk soal jawap bagi kita mengetahui gambaran umum dan seterusnya kepda penerangan yang perubahan kalimat yang diatas.

1. اِسْتَقَامَ kalimat apa ? kalimat Fi’il
2. Fi’il apa ? fi’il madhi yang yang stulasi mazid yang mu’tal ain.
2. Apa wazannya ? اِسْتَفْعَلَ
3. Jika boleh di tashrif maka harus ditashrifkan:

klik pada gambar



4. Kemudian bina’nya apa ? Ajwaf Wawu

(Ajwaf bermaksud dari segi bahasa adalah “yang berongga” atau “berlubang” kerana kosong huruf yang di tengah (ain fi’il) dari huruf shohih)


1) Penerangan اِسْتَقَامَ


1-Asal, 2- Pindah, 3- Ganti


اِسْتَقَامَ asalnya اِسْتَقْوَمَ mengikut wazan اِسْتَفْعَلَ . Kemudian harokat wawu’ nya اِسْتَقْوَمَ dipindah pada huruf sebelumnya (huruf qaf) kerana :


Menurut Qa’idah : Tentang memindahkan harokat wawu atau wawu ya’ pada huruf sebelumnya yang mati.


“Apabila ada wawu atau ya’ berharokat terletak sesudah huruf shohih yang mati (sukun), maka harokatnya harus dipindahkan pada huruf shohih yang mati itu”.
“Apabila harokat yang dipindah itu sesuai dengan wawu atau ya’ , maka wawu atau ya’ itu tetapkan (tidak diganti)”.
“Apabila tidak sesuai maka wawu atau ya’ itu wajib di ganti dengan huruf yang sesuai dengan harokat yang di pindah itu”.




Lalu kemudian wawu pada اِسْتَقَوْمَ diganti alif karena asalnya ia berharokat dan sekarang ia terletak sesudah fathah. Maka menjadi ia اِسْتَقَامَ


Menurut Qa’idah: Tentang menganti wawu atau ya’ dengan alif.


“Apabila ada wawu atau ya’ berharokat dan huruf sebelumnya berharokat fathah, maka wawu atau ya’ itu harus di ganti alif”.


Terdapat juga Qa’idah daripada matan al-Alifiyyah Ibn Malik, Halaman 215
فصل في اجتماع الواوِ والياء إلخ. (Pasal pada menjelaskan berkumpulnya wawu dan ya’)


مِنْ وَاوٍ أَوْ يَاءٍ بِتَحْرِيْكٍ أُصِلْ أَلِفًا ابْدِلْ بَعْدَ فَتْحٍ مُتَّصِلْ


2) Penerangan اِسْتِقَامَةً


1-Asal, 2-Pindah, 3-Ganti, 4-Buang alif & Ganti ta' diakhir kalimat


اِسْتِقَامَةً asalnya اِسْتِقْوَامًا mengikut wazan اِسْتِفْعَالاً . Kemudian harokatnya wawu di pindah pada huruf shohih sebelumnya menjadi اِسْتِقَوْامًا kerana :


Menurut Qa’idah : Tentang memindahkan harokat wawu atau ya’ pada huruf sebelumnya yang mati.


“Apabila ada wawu atau ya’ berharokat terletak sesudah huruf shohih yang mati (sukun), maka harokatnya harus dipindahkan pada huruf shohih yang mati itu”.
“Apabila harokat yang dipindah itu sesuai dengan wawu atau ya’ , maka wawu atau ya’ itu tetapkan (tidak diganti)”.
“Apabila tidak sesuai maka wawu atau ya’ itu wajib di ganti dengan huruf yang sesuai dengan harokat yang di pindah itu”.


Kemudian lalu wawu pada اِسْتِقَوْامًا diganti alif maka menjadi اِسْتِقَاامًا , maka berkumpullah dua alif , lalau salah satu dari dua alif tersebut dibuang dan diganti dengan ta’ yang diletakkan diakhir kalimat kerana :


Menurut Qa’idah : Tentang Memberi ganti alif dengan ta’ .


“Apabila ada fi’il bina’nya ajwaf mengikuti wazan أَفْعَلَ atau اِسْتَفْعَلَ , maka dalam masdarnya wawu atau ya’ nya harus diganti alif, lalu alif itu dibuang dan diberi ganti ta’ yang diletakakn di akhir kalimat”.


Apabila sudah digantikan, maka menjadi ia اِسْتِقَامَةً .




Terdapat juga Qa’idah daripada matan al-Alifiyyah Ibn Malik, Halaman 218
فصل في نقل الحركة إلى الساكن قبلها (pasal memindahkan harokat pada huruf mati sebelunya).


وَمَفْعَلٌ صَحِّحَ كَالْمِفْعَالِ * وَأَلِفِ الإِفْعَالِ واسْتِفْعَالِ
أَزِلْ لِذَا الإِعْلاَلِ والتَّا الْزَمْ عِوَضْ * وَحَدْفُهَا بِالنَّقْلِ رُبَّمَا عَرَضْ


Wallahu ‘alam

P/s : jika ada kesalahan dan kekurangan dari apa yang diatas , sila memberi panduan dan bimbingan kepada alfaqir. Hanya ini yang mampu dan maklumi alfaqir. Sumber rujukkan, sila rujuk kitab : Qawa’idul shorfiyyah, Maqasid Nahwiyyah, Syarah Khailani li tasrifil ‘izzi , Matan alfiyyah ibn Malik.

Anda Mungkin Menjejakinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...