Rabu, 10 Februari 2010

HURUF JARR & PEMBAHAGIANNYA

Assalamulaikum wrt.

Allahamdulillah..... posting yang sebelumnya sudah kita jelaskan mengenai huruf dan pembahagianya. Maka posting kali ini al-faqir melanjutkan perbahasan mengenai huruf Jarr dan pembahagiannya pula. moga sama2 kita berkongsi maklumat yang telah ada dan mendalami ilmu nahwu&shorof dengan lebih baik. insyaAllah..


Apa itu Huruf dan apa itu Jarr? Dan pembahagiannya?

Sebelum kita lanjutkan perbahasan tentang huruf jarr. Ana mahu menerangkan secara ringkas mengenai persoalan yang ana lontarkan di atas.


Pertama : Apa itu Huruf ?

Huruf adalah kata yang menunjukkan makna, bilamana ia digabungkan dengan kata lain, seperti huruf jarr, nashab atau jazm. Perbahasan mengenai huruf sememangnya panjang, maka ia memerlukan penjelasan yang detail dalam menerangkannya dan sudah pun dijelaskan al-faqir pada posting yang sebelumnya di (Pembahagian kalimah (2).


Kedua : Apa itu Jarr?

Jarr adalah setiap ‘amil yang selalu menjadikan bacaan jarr pada kalimah isim, baik ‘amil tersebut berupa huruf ataupun idhafat. ‘Amil jarr yang berbentuk huruf adalah Huruf Jarr dan Huruf Qasam (sumpah).

Para ulama nahwu berbeza pendapat mengenai jumlah huruf jarr.Sebagaimana Imam Ibnu Malik mengatakan huruf jarr mengandungi sebanyak dua puluh huruf, sementa­ra Ibnu Ajurumi mengatakan huruf jarr mengandungi sepuluh huruf, termasuk huruf qasam.


((وحرف الخفض وهي : مِنْ ، وإلى ، وعن ، وعلى ، وفي ، ورُبَّ ، والباء ، والكافُ ، واللام (وحروف القسم وهي : الواوُ ، والباء ، والتاءُ )) – متن الأجرومية ص : ١


Pendapat yang masyhur adalah berjumlah dua puluh huruf. Hal demikian itu sesuai dengan ungkapan Qa’idah Matan Alfiah Ibnu Malik :


هَاكَ حروف الجرِّ وهي مِنْ إلى *حَتَّى خَلاَ حَاشَا عَدا في عَنْ عَلَى

مُذْ مُنْذُ رُبَّ اللامُ كَيْ وَاوٌ وَتَا * والكافُ والبَا والعلَّ ومَتَى

(متن ألفية ابن مالك في النحو والصرف لأبي عبد الله محمد بن هبد الله بن مالك الأندلسي – حرف الجر- ص: ٨٧)


PEMBAHAGIAN HURUF JARR

Perbahasan mengenai pembahagiannya. Maka huruf Jarr itu diatas tiga bahagian, yaitu huruf jarr: (الأصلي) , (الزائد) , (الشبيه بالزائد).


1- Asli (الأصلي)

Merupakan Huruf Jarr yang mempunyai makna dan memerlukan ta’alluq (hubungan dengan kalimah lain) untuk memahami makna yang dikandung, seperti contoh pada lafadh كَتَبْتُ بِالْقلَمِ , sebagaimana makna الباء boleh difahami kerana ada ta’alluq dengan lafadh كَتَبْتُ .


2- Tambahan (الزائد)

Merupakan Huruf Jarr yang tidak memerlukan makna dan ta’alluq. Contoh : بِحَسْبِكَ العِلْمُ (kecukupanmu adalah ilmu)


الباء : حرف زائد

حسبك : مبتدأ مرفوع بضمة مقدرة منع من ظهورها اشتغال المحل بحركة حرف الجر الزائد ، والكاف ضمير في محل جر مضاف إليه.

العلم : خبر مرفوع بالضمة الظاهرة .


3- Menyerupai huruf Tambahan (الشبيه بالزائد)

Merupakan Huruf Jarr yang mempunyai suatu makna tapi tidak memerlukan ta’alluq untuk memahaminya. Contoh perkataan رُبَّ :


رُبَّ كِتابٍ مُفِيْدٍ قَرَأتُ

رُبَّ : حرف جر الشبيه بالزائد

كتاب : مفعول به منصوب بفتحة مقدرة منع من ظهورها اشتغال المحل بحركة حرف الجر الشبيه بالزائد .

مفيد : نعت

قرأتُ : فعل وفاعل

المراجع

- تسهيل نيل الأماني في شرح عوامل الجرجاني للعلامة أحمد بن محمد زين بن مصطفى الفطاني.

- جامع الدروس العربية، للشيخ مصطفى بن سليم الغلاييني ، دار الفكر .

- التطبيق النحوي ، لدكتور عبده الزاجي ، دار النهضة العربية .

- متن ألفية ابن مالك في النحو والصرف .

- متن الأجرومية في النحو والصرف.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Anda Mungkin Menjejakinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...