Minggu, 29 November 2009

MUQADDIMAH

Pembuka kata al-Haqir wal Fakir ilallahi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


اَحْمَدُكَ يَا مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ عَلَى مَزِيْدِ نِعْمَتِكَ. وَاَشْكُرُكَ عَلَى اِحْسَانِكَ الَّذِيْ مَصْدَرُهُ مُجَرَّدُ فَضْلِكَ. فَسُبْحَانَ مَنْ تَعَالَتْ صِفَاتُهُ عَنْ الشَّبِيْهِ وَالمثَالِ . وَتَنَزَّهَتْ اَفْعَالُهُ عَنِ النَّقْصِ والإِعْلاَلِ ، وَاُصَلِّيْ وَاُسَلِّمُ عَلَى منْ صَغَّرَ بِصَحِيْحِ عَزْمِهِ جَيْشَ الْجَهَالَةِ وَمَزَّقَ بِسَالِمِ حَزْمِهِ شَمْلَ الضَّلاَلَةِ. وَعَلَى آلِهِ الَّذِيْنَ اهْتَدَوْا بِهَدْيِهِ والأَصْحَابِ ، الَّذِيْنَ مَهَّدُوْا بِلَفِيْفِ جَمْعِهِمْ طَرِيْقَ الصَّوَابِ. وبعد :



Bismillahirrahmanirrahim…..


Hai Tuhan yang membolak balikkan hati-hati ! aku memujimu lantaran tambahan nikmatmu. Dan aku bersyukur atas kebaikanmu yang pangkalnya semata-mata kurniaMU. Maha suci Tuhan yang jauh tinggi sifat-sifat daripada menyerupai dan persamaan. Dan bersih (perkerjaan dan) perbuatan-perbuatannya kekurangan dan kecelaan. Aku memintakan rahmat dan sejahtera atas Nabi yang dengan kemahuannya yang sihat telah mengecilkan tentera kebodohan. Dan yang dengan kekerasan hatinya telah merubek-rubekkan persatuan kesesatan. Dan atas keluarganya dan sahabatnya yang dengan pertujuknya telah dapat pimpinan, ialah mereka yang dengan rapatnya persatuannya telah membentangkan jalan kebenaran”.



Alhamdulillah, tergerak bagi hatiku untuk mengkoreksi serta kecenderungan yang sangat kearah penulisan peribadi mendalami memahami akan nahwu dan shorof bagi mentela’ah dan bertalaqqi semula bagi mendapat akan keduanya. Moga kita bermanfaat bersama. Disini al-Faqir mahu mengkomentarkan apa yang mahu alFaqir belajar dan mentela’ah akan kitab yang berkenaan Nahwu dan shorof . Hal demikian bukan untuk manfaat dunia, melainkan mahukan keredhaanNYA. Dan membuat daya usaha dalam sambil menuntut ilmu bersama mempraktis akannya di lapangan media. Al-Faqir memang merasakan hal demikian bahwa bagi diri orang bukan berkelayakkan dalam bidang tersebut bahkan alFaqir adalah al-Haqir ilallah al-Ghani.


Di sini al-Faqir mohon pada Allah s.w.t, limpahan rahmat dan redhaNya, terhadap apa yang di kerjakan, serta curahan dari ilmuNya melalui wasilah Nabinya, dan Para Auliya’, Para Ulama’ dan solihin. Maka al-Faqir bertawassul kepada mereka bagi mendapat wasilah redhaNYA. Moga apa yang dikerjakan bermanfaat bagi orang yang permulaan belajar akan keduanya. Amiin ya rabbal ‘alamin.



اِلَهِي أَنْتَ مَقْصُوْدِيْ وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِ. أَعْطِنِيْ مَحَبَّتَكَ وَمَعْرِفَتَكَ. يَا الله، ياَ الله، ياَالله.


Hai Tuhanku engkaulah tujuanKu, keredhaan-Mulah tuntutanku, anugerahilah daku kasih cinta padaMu dan sebenar-benar mengenaliMu Ya.. Allah. Ya.. Allah. Ya.. Allah.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

Anda Mungkin Menjejakinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...